Rindukan Buah Hatiku

6 11 2009

Semenjak dua menjak, Syafiq adik bongsuku kerap kali muncul dalam mimpiku. Munkin kerana kerinduanku yang sangat mendalam kepada dia masih lagi belum terubat.

Syafiq adalah adik bongsuku yang aku sendiri jaga dan besarkan bersama ibu. Aku menjadi babysitter kepadanya semenjak dia dilahirkan hinggalah dia berumur 4 atau 5 tahun. Maka aku adalah ibarat ibu kedua selapas emakku sendiri.

Syafiq  kelihatan normal dan riang seperti kanak-kanak biasa, cuma dia lambat bertutur dan hanya mula bertutur secara kurang penuh apabila berusia 4 tahun. Ibu, ayah dan kami sekeluarga amat risau dengan perkembangan Syafiq kerana aku dan adik kembarku kami dapat bertutur penuh dalam usia yang lebih awal. Pada waktu itu, masih tidak mengesyaki apa-apa yang pelik terhadapa diri Syafiq. Hinggalah dia memasuki tadika pada umur 5 tahun.

Apabila ibu menyemak buku latihannya, ibu merasa ganjil kerana kebanyakan huruf seperti b,d, s, r, dan seperti angka 2,5,3 ditulis dalam mirror image oleh Syafiq, selain itu Syafiq juga susah untuk membaca dan memahamkan text. Ibu dan ayah cukup risau dengan keadaan Syafiq dan bertekad untuk membawa berjumpa pakar kanak-kanak.

Setelah beberapa sesi perjumpaan, doktor telah mengesahkan Syafiq mengidap penyakit ‘mild dyslexia’ sejenis learning disorder yang disebabkan oleh cara pempropesan makluamat oleh otaknya yang berbeza dari orang yang normal. Mendengarkan hal tersebut, hati kami sungguh sedih bercampur kasihan kepada Syafiq. Namun setiap kejadian itu ada hikmahnya, wallahu’alam apa yang telah Allah aturkan untuk kami.

Kini Syafiq sudahpun berumur 14 tahun, bertubuh tinggi lampai dan sasa serta berkulit hitam manis. Lagaknya yang macho tapi seorang yang lembut hati..mudah berkawan dan disenangi ramai. Syafiq sangat menyayangi kucing sama seperti aku dan abah ( tapi kalau nk bagi mandi n prepare food suruh along..pandai ek!hehe). Dia juga selau menjadi pembantu di dapur dan juga tukang beli barang di pasar. Syafiq kini menjadi peneman ibu di rumah kerana kami semua masing-masing merantau untuk belajar.

Syafiq masih belajar disekolah biasa walaupun telah dinasihatkan untuk ke sekolah kanak-kanak khas. Namun kerana ibu mahu merasakan yang dia normal, maka dia dimasukkan ke sekolah harian. Pelbagai cabaran yang kami sekeluarga tempuh bersama Syafiq.

Aku teringat ibu pernah kata kepadaku, Syafiq lebih prefer Shiken ajar dia dari abah yang ajar..sebab abah garang dan tegas.Memang abahku garang, teringat masa kecil kalau belajar dengan abah mesti menangis! hehe. Een dan Eah juga jadi guru selain aku, Kalau Een ajar? Syafiq asyiq nak bergaduh sahaja dgn Een yang gila-gila tu. Kalau Eah ajar, Syafiq asyik buli Eah yang lembut tu. Maka akulah personaliti ditengah-tengah extreme (hehe) yang sesuai untuk ajar dia pada waktu cuti kami. Ada juga guru khas yang datang mengajar ke rumah one to one dengan Syafiq, kerana Syafiq memang perlukan special attention. Ibu juga mengajar Syafiq..namun pelajaran Sekolah Menengah yang makin sukar sedikit mencabar untuk ibu mengajarnya.

Aku teringat satu kisah masa aku mengajarkan Syafiq subjek Sains sekolah rendah.

 ”Ok, Syafiq.. inferens ni Syafiq macam teka apa yang akan berlaku kat lipas tu..Syafiq faham tak?” Sambil aku tersenyum.

Macam biasa Syafiq akan jawab ” Faham Along..”

Aku pun baca soalan itu ” Ok, apakah inferens apabila lipas keluar pada waktu malam?”

Syafiq kelihatan berfikir “ Along, kita teka lipas tu keluar sebab apa kan.. mmm sebab lipas tu nak bersiar-siar cari makan..?”

(@ _ @)  Itulah gambaran wajahku, kemudian aku terketawa dan Syafiq pun ketawa.. ibu n abah kat ruang tamu pun terdengar lawak Syafiq yang tak sengaja pun ketawa.. Syafiq memang membawa kecerian dalam rumah kami..

Pernah satu hari pula, pada waktu itu Syafiq dah dipanggil berkali-kali untuk belajar, namun dia masih melekat di depan tv. Aku pun secara tak sengaja terbebel, “Syafiq sayang mak tak? Syafiq kena belajar untuk masa depan Syafiq nanti siapa nak jaga mak bila along een n eah kahwin?” Nada aku tidak marah pun, cuma concern. Tapi Syafiq memang lembut hati, tiba-tiba matanya merah menahan sebak di dada, lalu berkata kepadaku ” Along, Een Eah pandai.. Syafiq tahu Syafiq bodoh..”

Aku tergamam lalu menangis..tak sangka dia memikirkan begitu ” Syafiq jangan cakap macam tu.. Syafiq kena usaha sikit lagi.. Syafiq tak bodoh pun.. Syafiq kena usaha.. walaupun rasa susah tapi jangan give up.. Along, Een, Eah… Ibu dan Abah semua sayang Syafiq..semua nak tolong Syafiq.. Syafiq boleh berjaya.. Syafiq nak jadi Chefkan? Along yakin Syafiq boleh..dah jangan sedih-sedih lagi.. nnt lepas habis cerita tu kita belajar ye?” Lalu Syafiq mengangguk.

Sebelum aku pulang ke Melbourne hari itu, Syafiq kata dia suka kalau ada abang. Tergamam lagi aku, aku pun bertanya dan menjawab ” Syafiq nak abang? Kena tunggu Along kahwinla.. hehehe”

Namun jauh di sudut hatiku, berat sebenarnya untuk aku melangkah ke alam itu, kerana aku tahu keluarga dan Syafiq akan menjadi no 3 selepas Allah dan Suamiku.. Aku perlu berbakti kepada keluarga dan perlu membimbing Syafiq hingga dia mampu berdikari. Een dan Eah pula.. cukuplah aku memahami jiwa remaja menyebabkan aku risau akan keadaan mereka di kolej, siapa kawan mereka apa mereka buat..Ibu dan Abah pun sudah tua untuk larat menanggung semua itu tanpa bantuan..maka aku semakin merasakan tanggungjawab yang menggunung ini di atas bahuku.. dan cukuplah aku meletakkan perkahwinan bukan prioritiku sekarang. Namun jika ia datang, munkin ketentuan Allah itu lebih baik..

Moga Syafiq dipermudahkan dan diberi yang terbaik.. sangat menyayangi adikku ini kerana keistimewaannya (walaupun suka tarik tangan dan cekup kaki along! along tumbuk dia tak sakit dah.. huhu sebab dia raksasa! hehe)





Pengajaran hidup hari ini

4 11 2009

1. Pastikan anda tidak memakan bahagian roti yang tidak punyai kulat dalam satu loaf roti yang ada kulat sikit-sikit, kerana munkin ada spora-spora yang berterbangan bebas di dalam atmosphere loaf roti tersebut. Jika anda ingin makan juga, maka tunggulah ketentuan Allah..hehe, teringat kes tadi pagi, setelah diyakini roti tersebut tidak ada kulat, aku pun bakar kemudian letak tuna. Masa tengah jalan nak keluar dapur, tak tahu bagaimana tangan ni tersalah pusing, lalu jatuhlah roti bakarku.. jatuh ke? ke dalam tong sampah! strategik sungguh..aku ketawa? aku pun tak faham.. munkin rasa lucu..

2. Pastikan anda cek setelah membuat pembelian, bahawa adakah semua barang telah dibayar? Hari ini aku juga pergi ke coles nak bayar barang yg makcik coles tak charge minggu lepas.. aku pun informlah dia yang aku nk bayar balik, walapun tidak ada atas resit yg aku tunjukkan. Maka dia berkata, oh tidak mengapa.. kami dah  buat kesalahan kamu boleh ambil sahaja..

Kadang-kadang Allah menarik sesuatu untuk memberi sesuatu yang lain.. dan insyaAllah kedua-duanya baik untuk kita =) 2: 216

Moga kecil atau besarnya ujian itu, moga kita dapat hadapinya dengan tenang insyaAllah.. walaupun apa yg berlaku kat aku ini bukanlah sangat signifikan.. cuma ingin berkongsi bersama teman =)





Daie dan masyarakat

2 11 2009

Video ini sungguh menarik, perkongsian dan nasihat praktikal untuk para duat yang nak terjun ke dalam masyarakat . Watch from minute 24. =)





Mari-mari mengutip mutiara!

31 10 2009

KULIAH ONLINE

Tajuk : Nilai Segulung Ijazah

Tarikh : 31 oktober 2009

Masa : 8.00pm(perth/malaysia) , 11.00 pm(melb) & 1.00am (NZ)

Undangan : Saudara Muhammad Afiq Kamaruddin
(bechelor of mechanical engineering, University of New South Wales(UNSW))

Medium : ym (sila add id ym-krimanz)

 Anjuran : INTELEK OZNZ





Al- kisah Teh M****

28 10 2009

Salam kepada sekalian pembaca blog, maaf jika dah lama tak update blog ni, almaklumlah ada tanggungjawab lain yang lebih prioriti pada waktu ini. Cerita yang saya lakarkan di atas blog ini juga dah lama tertangguh.. maka sabarlah lagi untuk menanti apa yang berlaku kepada Safiya dan Ana =)

Baiklah.. sesuai dengan tajuk kiriman kali ini, ingin saya kongsikan sesuatu yang berlaku waktu saya ingin bersarapan tadi. Oh saya memang bersarapan awal pagi usually lepas Subuh untuk tenaga hari saya! =) Hari ini saya pun membuka almari untuk mencari minuman tenaga NRG ( atau energy drink), namun sudah habis rupanya.. ( oh hari ini perlu ke COLES buat grocery!) maka saya pun ambil uncang teh untuk buat air teh. Dalam pada menunggu beberapa ketika untuk uncang teh yang direndam air panas untuk memberi warna yg pekat, saya berfikir tentang satu perkara berkaitan dgn hidup saya. Tangan saya laju sahaja mengambil 2 sudu kecil gula untuk dimasukkan ke dalam air teh tersebut.. kemudian sedikit susu.

Satu sudu kecil teh susu dirasai.. MASIN! aaaaaaa!! jeritan saya munkin mengejutkan housemate yg sedang tidur.. minta maaf tak sengaja.. hehe mujurlah tidak terlepas cawan dari genggaman.. alhamdulillah =)

Rupanya balang gula dan garam telah di’swap’ tempat. Selalu balang gula sebelah kanan saya dan balang garam sebelah kiri saya. Walaupun ada warna yang berbeza pada penutup balang gula dan garam, namun tindakan separa sedar saya yang munkin banyak terpengaruhi oleh naluri lebih daripada akal. BAHAYA!

BAHAYA! apabila hawa’ menguasai dan memandu pertimbangan akal yang  waras..maka lahirlah ideologi-ideologi ciptaan lagi merosakkan seperti marxisme, komunisme, sekularisme dan lain-lain. Munkin kita akan melihat pada awalnya ideologi tersebut boleh membawa kejayaan, namun setelah sekian masa berlalu, maka terserlah wajah hodoh ideologi-ideologi tersebut yang hanya mencacatkan dan merencatkan ketamadunan manusia. Tidak munkin tamadun akan terbina kerana hidup hanyalah untuk memenuhi kehendah naluri dan nafsu. Kadang-kadang menjadi tepat, namun selalu buruk padah menanti ibarat teh susu masin tersebut, buruk padahnya saya yang kena =P.. budaya hedonisme yang menular, kes kebejatan sosial yang makin meruncing, sindrom ‘akhlak down’ dan pelbagai lagi..terlampau bnyk lagi untuk dinyatakan, munkin sesuai untuk dibuat bahan kiriman yg lain.

Bagaimana pula jika akal menguasai hawa’?  Akal hanya dapat mengawal nafsu bila ia sihat. Jika tidak nafsu yang akan menguasainya. Akal yang sihat sudah tentu kerana mengikut pertimbangan neraca Allah yang akan menjanjikan keharmonian hidup di bumi ini. Akal yang dimiliki oleh hamba-hamba Allah yang beriman, ber’ilmu ( syariatullah dan sunnatullah) serta diredhai. Tindakan mereka dipandu oleh akal yang taat pada Allah..merekalah para ulama’ pewaris nabi yang akan memimpin orang-orang beriman untuk memakmurkan bumi ini dengan Islam. InsyaAllah..agar manusia merasa kemanisan Islam seperti mana manisnya teh susu yang diletak gula dengan kadaran yang betul.. =)